Perihal proses withdrawal & pembayaran saldo di SOSIAGO, baca disini. 109 NEW WIZARD Start Tour Guide 101 SERVICE Order Artikel Store Awards EVENTS Kontes Meeting (soon) General (soon) NOTIFICATIONS Task #260215 sudah diapprove. Task #288738 sudah diapprove. Task #288740 sudah diapprove. Task #200873 sudah diapprove. Fitria Nurma Anjarwati 0 points Saldo Rp 75.000 Edit Profile Pesan Log Out Account Tambahkan meta tag dibawah ini ke halaman blog/website anda
TIPS & TRIK

Bahasa Arab: الأَلْوَانُ = Warna

Summary

Pada pelajaran kali ini, kita akan mempelajari warna. Berikut warna- warna dalam bahasa Arab: (1)أَبْيَضُ = بَيْضَاءُ = Putih اللَّبَنُ أَبْيَضُ = Susu itu putih الْمِمْحَاةُ بَيْضَاءُ = Penghapus itu putih أَسْوَدُ = سَوْدَاءُ = Hitam القَلَمُ أَسْوَدُ = Pen […]

Pada pelajaran kali ini, kita akan mempelajari warna. Berikut warna- warna dalam bahasa Arab:

(1)
أَبْيَضُ = بَيْضَاءُ = Putih اللَّبَنُ أَبْيَضُ = Susu itu putih الْمِمْحَاةُ بَيْضَاءُ = Penghapus itu putih

أَسْوَدُ = سَوْدَاءُ = Hitam القَلَمُ أَسْوَدُ = Pen itu hitam السَّـبُّوْرَةُ سَوْدَاءُ = Papan tulis itu hitam

أَخْضَرُ = خَضْرَاءُ = Hijau العُشْبُ أَخْضَرُ = Rumput itu hijau الشَّجَرَةُ خَضْرَاءُ = Pokok itu hijau

أَزْرَقُ = زَرْقَاءُ = Biru الحِبْرُ أَزْرَقُ = Tinta itu biru الْكُرَّاسَةُ زَرْقَاءُ = Buku tulis itu biru

أَحْمَرُ = حَمْرَاءُ = Merah الْقَمِيْصُ أَحْمَرُ = Baju itu merah الْقَلَنْسُوَةُ حَمْرَاءُ = Peci itu merah

أَرْمَدُ = رَمَادِيَّةُ = kelabu الحَجَرُ أَرْمَدُ = Batu itu kelabu الْكُرَةُ رَمَادِيَّةُ = Bola itu kelabu

أَصْفَرُ = صَفْرَاءُ = Kuning الذَّهَبُ أَصْفَرُ = Emas itu kuning الْمِلْعَقَةُ صَفْرَاءُ = Sudu itu kuning

أَسْمَرُ = سَمْرَاءُ = Coklat الكِتَابُ أَسْمَرُ = Kitab itu coklat الْمَجَلَّةُ سَمْرَاءُ = Majalah itu coklat

(2)
مَا لَوْنُ الْمَحْفَظَةِ = Apakah warna tas itu
لَوْنُ الْمَحْفَظَةِ أَسْوَدُ = Warna tas itu hitam
الْمَحْفَظَةُ سَوْدَاءُ = Tas itu hitam
مَا لَوْنُ سَيَّارَتِكَ = Apakah warna keretamu
لَوْنُ سَيَّارَتِيْ أَصْفَرُ =Warna kereta saya kuning
سَيَّارَتِيْ صَفْرَاءُ = Kereta saya kuning

Perhatian:

1. Warna dalam bahasa Arab dibedakan antara bentuk muzakkar (male) dan bentuk muannats (female). Apabila objek (benda atau orang) yang disifati (diberi) warna muzakkar, maka bentuk yang digunakan adalah muzakkar. Begitu juga sebaliknya. Perhatikan sekali lagi contoh-contoh dalam nomer satu dan juga contoh di bawah ini:

اللَّبَنُ أَبْيَضُ(Benar ) اللَّبَنُ بَيْضَاءُ (Salah )
السَّـبُّوْرَةُ بَيْضَاءُ (Benar ) السَّـبُّوْرَةُ أَبْيَضُ(Salah )

1. Objek (benda atau orang) yang muannats, apabila didahuli kata لَوْنُ (warna), maka warna yang dipakai adalah dalam bentuk muzakkar (bukan bentuk muannats). Contoh:

لَوْنُ سَيَّارَتِيْ أَصْفَرُ(Benar ) لَوْنُ سَيَّارَتِيْ صَفْرَاءُ (Salah )

Berikut ayat al-Qur’an yang menyebut lafaz warna:

قال تعالى: قَالُوا ادْعُ لَنَا رَبَّكَ يُبَيِّنْ لَنَا مَا لَوْنُهَا قَالَ إِنَّهُ يَقُولُ إِنَّهَا بَقَرَةٌ صَفْرَاءُفَاقِعٌ لَوْنُهَا تَسُرُّ النَّاظِرِينَ (البقرة: sixty nine)

Mereka (Bani Israil) berkata (kepada nabi Musa): “Mohonkanlah kepada tuhanmu untuk kami agar Dia menerangkan kepada kami apa warnanya”. Musa menjawab: “ Bahwasannya sapi betina itu adalah sapi betina yang kuning, yang kuning tua warnanya, lagi menyenagkan orang-orang yang memandangnya”. (al- Baqarah: sixty nine)